Rabu, Julai 14, 2010

SRK Bachok (1975 - 1980)

Asyik menulis itu dan ini, terlupa pula untuk menceritakan mengenai sekolah pertama aku iaitu tempat aku mula-mula mendapat pendidikan awal persekolahan. Perlu juga diceritakan hal sekolah dulu-dulu ni manalah tahu ada kawan-kawan yang terbaca coretan ringkas ini bolehlah mereka menghubungkan kembali tali sillaturrahim yang terputus sejak sekian lama.


Lagipun yang baru-baru ni mungkin tidak berapa mengetahui tentang hal sekolah mereka dahulu.


Dulu sekolah ini pernah dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bachok Kelantan. Kemudian namanya telah ditukar kepada SRK Bachok. Tapi kini ia telah dikenali pula sebagai SK Sri Kemudi.


Ini bererti di Bachok ada dua buah sekolah utama pada masa itu. Yang pertama ialah Sek Ren Keb Bachok yang terletak di Kemudi, Bachok, Kelantan. Yang kedua ialah Sek Keb Bachok yang pada masa itu dikenali sebagai Sekolah Aneka.


Oleh kerana aku dibesarkan di Bachok, Kelantan, Malaysia, maka aku mendapat pendidikan awal di sekolah inilah iaitu di SRK Bachok, Kemudi, Bachok, Kelantan dari tahun 1975 - 1980.



Laman web rasmi sekolah ini ialah


Banyak juga kenangan yang terpahat sewaktu berada di sekolah ini.Hmm...






2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Satu maklumat mengenai dua sekolah ini agak baik Dan perlu sedikit pembetulan. Di sini a bang nak betulkan sikit je. Sek Ren Sri Kemudi asalnya adalah sekolah rendah English medium. A bang adalah batch terakhir iaitu dari tahun 1969 hingga 1974. Sekolah ini namanya English National Type School atau Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Bachok. Manakala sekolah anika ialah sek men rendah bachok Yang berjiran dengan sekolah kebangsaan bachok. Anika it maknanya anika jurusan. Jurusan teknikal, masak memasak DLL. Anti bila Ada mass abang boleh download gambar sekolah ni

Tanpa Nama berkata...

Salam. Tahniah.Saya juga dari batch thn 1969- 1974. Lebih tepat lagi nama sekolah berkenaan adalah " National Type English Primary School" ( NTEPS ) Bachok. maaf bukan niat utk mempertikaikan. tk . tentang sekolah anika itu benar adalah sek men ren bachok.

Disqus for Jalanan Hamba