Khamis, Julai 22, 2010

SMU(A) Amir Indera Petra (1987)

SMU(A) Amir Indera Petra kalau nak dikira ialah sekolah yang ketiga aku. Aku belajar di sekolah ini pada tahun 1987 dan keluar pada pertengahan tahun 1988. Sekejap saja aku berada di sekolah ini iaitu untuk menduduki tingkatan enam bawah dan enam atas. Ini kerana sekolah aku yang dulu hanyalah setakat tingkatan lima sahaja.

Di SMU(A) Amir Indera Petra ini, aku menyambung pelajaran untuk tingkatan enam bawah dan telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Ugama (STU). Sekarang ini peperiksaan tersebut telah dimansukhkan oleh pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Ini kerana peperiksaan ini telah digantikan dengan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

SMU(A) Amir Indera Petra kini telah dikenali sebagai Maahad Amir Indera Petra. Bukan sekolah ini sahaja, malah semua sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang mendapat bantuan penuh kerajaan negeri, kalau dulunya dikenali sebagai SMU(A) kini telah ditukar kepada Maahad.


Tajuk seterusnya; Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir

Tajuk sebelumnya; SMU(A) Yaakubiah Nipah Bachok Kelantan

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba