Ahad, Februari 28, 2010

Thiqah, respect dan hormat


Thiqah dalam bahasa arab bererti kepercayaan. Manakala respect pula dalam bahasa inggeris bererti rasa hormat. Perkataan-perkataan ini walaupun mempunyai maksud yang berlainan tetapi kaitannya yang hampir sama dari sudut penggunaannya. Ramai orang yang ingin sangat menjaga imejnya kerana ingin mendapat kedua-dua perkara tersebut iaitu thiqah (kepercayaan) dan respect (rasa hormat).

Kebanyakan orang hanya menumpukan kepada penampilan diri seperti pakaian yang dipakai bagi mendapat thiqah dan respect ini. Padahal hakikat sebenarnya bukanlah terletak di situ. (pada pakaian).

Sebenarnya sudah jelas dalam ajaran islam bahawa yang muda menghormati dan mengasihi yang tua dan yang tua juga perlu menghormati dan mengasihi yang muda. Tak kiralah apa pakaian yang dipakainya. Seorang anak perlu menghormati dan mengasihi bapanya. Murid menghormati dan mengasihi gurunya. Begitulah sebaliknya dan seterusnya. Saling menghormati dan mengasihi di antara satu sama lain.

Masyarakat selalu memandang tinggi kepada yang berjubah atau berketayap (berkopiah) kerana menyangka mereka adalah orang yang banyak ilmu (alim) atau baik budi pekertinya padahal tidak semestinya begitu. Yang mencuri dan menipu pun ramai di kalangan yang berjubah atau berkopiah. Itu cuma pakaiannya saja. Begitu juga masyarakat sering memandang tinggi kepada yang berkot dan bertali leher kerana mereka seringkali disangka seorang yang kaya.

Yang alim disangka jahil dan yang jahil disangka alim. Oleh itu janganlah dilihat pada luarannya sahaja.

Berbalik kepada persoalan thiqah iaitu kepercayaan, tidak ada orang yang thiqah dan alim dalam semua perkara, begitu juga tidak ada orang yang jahil dalam semua perkara. Seorang tok guru fekah maka dia thiqah di bidang fejah tetapi tidak semestinya thiqah di bidang pertukangan. Segala masalah yang berkaitan dengan feqah boleh dirujuk kepadanya tapi untuk membaiki rumah perlu dirujuk kepada tukang rumah. Begitulah seterusnya.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba