Selasa, Julai 07, 2009

Lawatan sambil belajar di Cameron Highland

Lawatan ini diadakan pada cuti persekolahan pertengahan tahun 2009. Aku bertindak sebagai guru pengiring ketika itu. Ini kerana lawatan ini adalah anjuran Kelab ICT dimana aku sebagai guru penasihat utamanya.

Sempat juga bawa rombongan sekolah ke Cameron Highland. Ada juga la kenangan terbaru sebelum aku ditukarkan ke sekolah lain.



Ladang Teh...



Melawat ladang strawberry dan beberapa tanaman lain...



Ladang strawberry...



Beginilah pokok strawberry. Pokoknya kecil saja. Tapi dah ada buah tu...



Pokok strawberry pada pandangan dekat. Yang ini belum lagi keluar buah.




Yang ini dah berbuah tapi belum masak.




Ini buah strawberry baru je masak. Tapi tak masak sepenuhnya lagi kot...



Yang ini sudah tentu boleh makan.

Buah strawberry ni tak boleh simpan lama. Bila dah beli bawa balik, terus kena makan. Jika tidak, dalam masa sehari saja boleh rosak. Walaupun disimpan dalam peti sejuk. Pengalaman... Dah acapkali dah kena..

Inilah saja cerita aku untuk pos kali ini...


-----------------------------------------

Mutiara kata: Never laugh at anyone's dreams.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba