Khamis, Julai 23, 2009

Melapor diri di sekolah baru

Tarikh aku terima surat pertukaran
ialah pada 14 jun 2009 Ahad.



Dan pada tarikh itu juga aku kena melaporkan diri di sekolah baru.



Tapi aku melapor diri di sekolah baru pada 21 jun 2009 seminggu selepas itu. Ini kerana nak tunggu selepas sambutan hari guru yang diadakan pada hari rabu. Para pelajar aku pun minta macam tu.





Aku melapor diri pada 21/6/09. Pelajar di sini dari tingkatan 1 hingga 5 sahaja. Semuanya lelaki. Guru pun semua lelaki.

Hari kedua dah dapat jadual waktu mengajar. Takdirnya aku mengajar di tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Bukan apa guru yang baru bertukar ni biasanya dapat mata pelajaran yang dia belum pernah mengajar sebelum ini. Ikut kekosongan. Jadi bila ada guru yang ditarik ke sini maka dia terpaksa ambil mata pelajaran yang tak ada guru tu. Bidang pengajian guru tu belakang kira. Inilah yang sering terjadi di mana-mana sekolah pun.











Hari ketiga taaruf sama pelajar ikut dalam jadual waktu. Minggu pertama lapor diri banyak lagi kelas yang tak sempat takruf dan ianya dibawa ke minggu berikutnya. Tak boleh mula mengajar lagi. Lagipun kena prepare dulu. Bukan boleh hentam begitu saja.

Hari keempat baru dapat jumpa pengetua. Di sekolah-sekolah agama / arab pengetua disebut sebagai mudir. Hari keempat baru Pengetua ada kat sekolah.

Biasalah bila jumpa pengetua dia akan bagi taklimat tentang sekolah baru dan mengalu-alukan selamat datang.


---------------------------------------

Mutiara kata: In disagreements, fight fairly. No name calling.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

good

Disqus for Jalanan Hamba