Khamis, Jun 11, 2009

Pekerjaan Guru

Orang kata
kerja guru ni best..
Sebab apa..


Dia orang kata cuti banyak. Pulang pukul 2. Ada hari pulang pukul 12.45 lagi. Cuti pula ada yang seminggu. Adakalanya 2 minggu dan adakalanya hampir 2 bulan. Jadi best la kerja guru ni. Bagi mereka yang nak kerja guru atas sebab dia kata cuti banyak tu harap-harap fikirlah 2 kali. Sebab apa? Sebab aku seorang guru.

Ada hari kerja sampai pukul 2 tapi kena balik sampai pukul 3 lebih coz ada mesyuarat. Ada hari kena balik pukul 5 lebih coz ada kelas tambahan. Kelas tambahan pula bukan hanya pada hari persekolahan bahkan lebih giat pada hari cuti. Kemudian ada kegiatan ko kurikulum. Kegiatan sukan ni dia orang buat sebelah petang.

Bagi mereka yang ada anak lihat anak mereka. Bagi mereka yang ada adik lihat adik mereka. Bagi mereka yang masih belajar lihat diri mereka. Berapa banyak masa yang mereka habiskan untuk belajar. Pukul berapa mereka pulang ke rumah setiap hari. Sebanyak itu jugalah masa yang dihabiskan oleh guru-guru untuk mengajar dan memikirkan soal pelajaran mereka.

Sebelah malam pula, guru masih lagi ada kerja. Kena periksa buku latihan pelajar. Musim exam pula kena buat soalan dan kena correct exam paper mereka. Sebelum mula pengajaran untuk esok pula kena buat perancangan pengajaran dulu. Semuanya mesti ditulis dengan lengkap dalam buku rancangan pengajaran dan pembelajaran.

Selain dari tugas mengajar, guru ada lagi tugas-tugas lain. Ada yang kena jadi S/U itu dan S/U ini. Ada yang kena handle persatuan, kelab dan sebagainya. Guru juga kena buat kerja pengkeranian. Banyak urusan pejabat guru yang buat. Itu belum ambil kira nak selesai masalah disiplin pelajar.

Ha macam mana. Masih lagi nak kerja guru sebab cuti banyak?


Aku seorang guru.

Bukan sebab itu semua. Kerja guru kerja yang mulia. Lebih banyak masa dan tenaga dikorbankan berbanding dengan gaji yang diperolehi. Guru adalah pejuang barisan hadapan untuk mendidik dan membina anak bangsa menjadi insan yang sempurna. Harap-harap begitulah. Inilah peluang untuk mengikhlaskan diri untuk berkerja kerana Allah.




----------------------------------------------

Mutiara kata: Give people more than they expect and do it cheerfully.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya,bagi saya juga begitu .tanpa guru tiada doktor,perdana menteri dan sebagainya.

Disqus for Jalanan Hamba