Jumaat, Mac 27, 2009

Cara mendapat husnul khatimah

Tidak ada cara lain untuk mendapatkan husnul khatimah melainkan dengan cara berdoa kepada Allah S.W.T. Husnul khatimah ialah kesudahan yang baik. Ada orang inginkan syurga dengan memperbanyakkan amalan. Padahal semua itu bergantung kepada kehendak Allah S.W.T. Seseorang masuk ke syurga bukan kerana banyaknya amalan tetapi dengan rahmat daripada Allah Taala.

Dalam kontek perjalanan hidup AKU secara umumnya, satu perkara yang tidak boleh AKU lupakan ialah AKU datangnya daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Dunia ini adalah tempat persinggahan yang sementara bagi memberpetulkan diri dan mengutip sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa ke destinasi seterusnya. Perjalanan hidup manusia perlu melalui 3 peringkat iaitu Minallah, Billah dan ilallah. Manakala kehidupan manusia pula ada 4 keadaan.

1. Ada orang datang dalam keadaan suci, hidup dalam keadaan suci dan kembali dalam keadaan suci.
2. Ada orang datang dalam keadaan suci, hidup dalam keadaan suci tetapi kembali dalam keadaan kotor. (Su'ul Khatimah) Pengakhiran yang tak baik.
3. Ada orang datang dalam keadaan suci, hidup dalam keadaan kotor dan kembali pun dalam keadaan kotor.
4. Ada orang datang dalam keadaan suci, hidup dalam keadaan kotor tetapi kembali dalam keadaan suci. (Husnul Khatimah) Pengakhiran yang baik.

Apa yang wajib AKU lakukan ialah berdoa supaya mendapat Husnul Khatimah.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba