Rabu, Oktober 22, 2008

AKU


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

AKU tahu, bahawa hidup AKU di dunia adalah sementara. Di sana terdapat penghidupan yang seterusnya yang kekal abadi. AKU perlu mencari jalan yang dapat menemukan AKU dengan Yang Maha Kuasa. Itulah satu-satunya cara yang akan menyelamatkan AKU di penghidupan sekarang dan akan datang.

AKU sentiasa< Ingat, jika sekali AKU telah melangkah ke penghidupan yang seterusnya tanpa menemui jalan yang dapat menemukan AKU dengan Yang Maha Kekal, maka itulah sebesar-besar kegagalan dan kesedihan yang bakal menimpa AKU. AKU tidak akan dapat berpatah balik untuk mencari peluang kedua.

AKU datang daripada Allah. Dan KepadaNyalah AKU akan dikembalikan. Jika AKU tidak mengenaliNya padah menanti. Justeru itu, AKU tiidak akan duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa. AKU perlu mencari jalan untuk mengenal diri. Seterusnya mengenali Allah yang kekal abadi. Semoga AKU berjaya dalam pencarian ini. Amiin.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba