Isnin, November 25, 2013

Cara Kemasukan Ke Tingkatan Satu Di Sekolah Menengah Ugama (Arab) / Maahad Kelolaan YIK

Saya percaya ramai ibubapa yang tinggal di luar Kelantan sedang berfikir untuk memasukkan anak-anak mereka ke tingkatan satu di sekolah menengah ugama (arab) / maahad kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Ada 2 ketogori sekolah yang dibawah kelolaan YIK sepenuhnya iaitu Maahad-maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan dan Maahad-Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan.

Syarat minima untuk ke sekolah maahad kelolaan YIK mengikut yang terkini adalah sebagaimana berikut;

1. Syarat kemasukan ke Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan ialah mendapat 5A UPSR.

2. Syarat kemasukan ke Maahad-Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan ialah mendapat sekurang-kurangnya 2A UPSR.

Cara untuk memohon masuk ke tingkatan 1 di sekolah menengah ugama (arab) / maahad kelolaan YIK;

Para ibubapa boleh membuat permohonan kemasukan anak mereka ke sekolah menengah ugama (arab) / maahad kelolaan YIK dengan mengisi borang kemasukan yang biasanya dikeluarkan bermula awal bulan oktober setiap tahun.

Untuk kemasukan ke Maahad Kawalan, borang permohonan boleh didapati di Yayasan Islam Kelantan atau di Maahad kawalan tersebut atau boleh dimuat turun dari laman web YIK (Klik Sini).

Untuk kemasukan ke Maahad Pilihan, borang permohonan boleh didapati di pejabat sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa atau pelajar. Sila datang pada waktu pejabat.

Tarikh tutup kemasukan ke tingkatan satu di sekolah menengah ugama (arab) / maahad kelolaan YIK ialah 2 minggu selepas keputusan UPSR dikeluarkan.

Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi bersama syarat-syarat yang diperlukan sepertimana yang terkandung dalam borang ke pejabat sekolah sebelum tarikh tutup permohonan tersebut. Biasanya salinan keputusan UPSR dan salinan sijil kelahiran. Sila sediakan juga 2 keping gambar berukuran passpot.

Kad jawapan atau surat panggilan untuk sesi ujian kemasukan akan dihantar kepada calon selepas itu. Sila berkunjung ke laman web Yayasan Islam Kelantan untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

UJIAN KEMASUKAN

Setiap pemohon wajib menduduki ujian kemasukan. Ada 2 ujian yang perlu diduduki iaitu ujian lisan dan ujian bertulis.

Perkara yang akan diuji untuk calon Maahad Kawalan ialah;

  1. Ujian membaca: Al - Quran - 60 markah, Jawi - 40 markah
  2. Ujian bertulis: Jawi dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
  3. Ujian hafazan: Hafazan Al - Quran - 100 markah (MTS & MTQ sahaja)


Perkara yang akan diuji untuk calon Maahad Pilihan ialah;

  1. Ujian membaca : Al - Qur’an - 60 markah, Jawi - 40 Markah
  2. Ujian bertulis: Jawi, Al - Qur’an dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
  3. Keputusan UPSR: A = 10 Markah, B = 5 Markah


Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada hari ahad minggu ke empat bulan disember.

Pemohon yang berjaya dikehendaki melapor diri di Maahad berkenaan Sehari sebelum sesi persekolahan bermula.

Senarai nama Maahad Kawalan dan Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan;

Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

  1. MAAHAD MUHAMMADI (L)
  2. MAAHAD MUHAMMADI (P)
  3. MAAHAD TAHFIZ SAINS
  4. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT


Maahad-Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

  1. MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN
  2. MAAHAD RAHMANIAH, KUALA KRAI
  3. MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS
  4. MAAHAD SANIAH, PASIR PUTEH
  5. MAAHAD PENGAJIAN ISLAM, KOTA BHARU
  6. MAAHAD AHMADI TANAH MERAH
  7. MAAHAD AMIR INDERA PETRA, BERIS, BACHOK
  8. MAAHAD AR RAHMAH KENALI, KUBANG KERIAN
  9. MAAHAD MUHAMMADI TUMPAT
  10. MAAHAD MUHAMMADI RANTAU PANJANG


Alamat web Yayasan Islam Kelantan: http://www.yik.edu.my/
Link untuk download borang kemasukan ke Maahad Kawalan: Download

` SELAMAT BELAJAR`

1 ulasan:

sherlina halim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Disqus for Jalanan Hamba