Khamis, November 17, 2011

7 perkara yang membahayakan ketika banjir


Setiap kali tiba musim banjir, maka akan kedengaranlah pada kita suara-suara yang bercakap mengenai masalah banjir samada di radio dan tv, di akhbar-akhbar, di blog-blog dan sebagainya.

Saban tahun kita mendengar berita-berita mengenai kematian akibat banjir. Maka ramai jugalah yang menulis mengenai isu-isu keselamatan di Musim banjir. Pada tahun sudah hamba pun ada menulis beberapa entri berkaitan banjir antaranya ialah Panduan Keselamatan di Musim Banjir.

Ya, kali ini hamba ingin menulis tajuk yang hampir serupa tetapi berlainan sedikit cara olahannya. Bukan apa, tidak ada gunanya kita membicarakan tentang panduan keselamatan tanpa kita mengetahui bahayanya.

Baiklah, kita teruskan kepada topik kali ini iaitu perkara-perkara yang membahayakan di musim banjir.

Perkara yang paling utama ialah;

1. Tidak mempunyai pengetahuan atau kesedaran tentang bahayanya banjir

Ha ha ha.. tidak ada gunanya kalau kita dibekalkan dengan panduan keselamatan, sedangkan kita tidak pernah menganggap ianya merbahaya. Kalau adapun panduan keselamatan tu, kita tidak akan menggunakannya. betul tak?


2. Tidak sampai maklumat tentang banjir

Ini pun satu, dalam dunia IT yang serba moden dan canggih ni, masih ada lagi yang tidak mengikuti perkembangan semasa. Mereka yang sentiasa sibuk atau buat-buat sibuk sehingga tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di sekeliling. Tidak mengikuti siaran radio dan television tempatan. Ini menyebabkan mereka tidak sempat membuat persiapan awal. Tahu-tahu air dah masuk ke dalam rumah mereka. Kereta yang diparking kat luar pejabat sudah pun ditenggelami air. Sepatutnya di kawasan-kawasan yang sering dinaiki air perlu di pasang sistem amaran awal banjir.. pakai siren gitu... kih3...

3. Sukakan suasana banjir

Biar betul ! Nak katakan tidak betul tapi inilah yang sering terjadi. Setiap kali tibanya musim banjir, ramai yang menjadikannya satu pesta bermain air. Mereka suka bersiar-siar di kawasan banjir atau berada di tepi-tepi sungai, parit, alur dan sebagainya. Ada yang bermandi-manda di sungai dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan banjir ini untuk menangkap ikan.

Banyak kes yang kita dengar mengenai kematian akibat banjir seperti terjatuh ke dalam sungai atau tergelincir di parit air.


4. Anggap mudah mengenai sambungan elektrik

Dawai elektrik yang bersalut kat rumah kita tu nampak ok sahaja. Tapi di musim banjir ni seelok-eloknya dipastikan semua wayar yang ada selamat. Gunakan testpen untuk memeriksa wayar elektrik. Keadaaan dinding yang lembab memungkinkan adanya arus elektrik yang mengalir kat dinding terutama rumah-rumah kayu.

Elakkan dari memasang sambungan elektrik yang banyak atau menggunakan perkakasan elektrik yang banyak.


5. Meminum air atau memakan makanan yang tidak dimasak.

Ini adalah perkara yang membahayakan bukan sahaja di musim banjir malah di musim-musim yang lain juga. Cuma di musim banjir ni amatlah ditekankan tentang kebersihan. Ini kerana banyak penyakit mudah menular di musim banjir terutamanya penyakit taun.

6. Membiarkan anak-anak bermain di luar rumah.

Di musim banjir ni ibu bapa hendaklah memantau pergerakkan anak-anak agak tidak mengikuti kawan-kawannya bermain air, terutama yang masih kecil. Janganlah pula ibu bapa asyik dok tidur je kat dalam bilik tu.. mentang-mentanglah kat luar tu hujan.. cuaca redup.. siap tulis kat luar bilik "jangan ganggu" he he.. tak da lah... contoh aje.. kalau berlaku apa-apa kat anak-anak, menyesal tak sudah.

7. Memandu kenderaan dengan laju

Di antara perkara yang membahayakan ketika banjir ialah memandu kenderaan dengan laju. Faham-faham sajalah.. musim hujan kan jalan licin. Kenderaan mudah terbabas. Jika jalanraya sudah dinaiki air, berhati-hatilah ketika menyebaranginya. Jangan cuba menyeberangi arus yang deras.

Itulah serba sedikit tentang perkara-perkara yang membahayakan ketika banjir.

7 ulasan:

EmpayarUtama berkata...

Senang cakap, bahayalah jangan main banjir

Miss Purple Ungu berkata...

budak2 la yg slalu main banjir
ibu bapa plak main lepas je...

Cheqna berkata...

First time "berpesta" banjir masa kecil bila parents berpindah ke Kelantan..mula2 tu sukalah sebab tak pernah merasa "pesta" sedemikian..hehe

Seri Bahasa berkata...

nasib tempat seri tak pernah banjir...tapi kata orang seronok juga tengok air naik...dulu kecik2 kat perak pernah juga rasa...

kubigomofm berkata...

hati2 ketika banjir heheheh!!! tq krn meletkkan banner geng gomofm, dan blog anda dah pon tersenarai kat sini http://www.geng.gomofm.org/

KinosKoko berkata...

oke..aku mungkin dlm golongan num 3..sukakan suasana banjir..tapi yag lite2 jela kot..yg besar2, aku takut gak..

Tanpa Nama berkata...

nice info, thx for sharing

Disqus for Jalanan Hamba