Ahad, Oktober 23, 2011

Eee takutnya lihat langit

Gambar ini aku ambil kat depan rumah aku juga. Bila lihat langit sebegini timbul rasa takut. Bukan takut kepada langit tapi takut kepada Allah Taala. Langit bukan boleh buat apa pun ha ha. :)

Mungkin keadaan langit sebegini sudah biasa bagi sesetengah orang. Apa nak ditakut. Itu tandanya hari akan hujan. Memang betul tidak ada apa pun yang dahsyat berlaku. Cuma hujan dan ribut biasa sahaja.



Sebenarnya sikap tidak kisah sebeginilah yang menandakan kita hidup dalam keadaan alpa. Sibuk dengan tugas seharian hingga tidak peduli apa yang bakal berlaku.

Kemurkaan Allah yang disertai dengan bencana dan kemusnahan walaupun sudah acap kali berlaku sebelum ini bermula di zaman nabi-nabi dahulu lagi namun orang sama sahaja tetap alpa dan tidak peduli. Mungkin mereka tunggu berlaku dahulu barulah hendak memikirkannya. Itupun ramai yang tak nak kaitkan dengan kuasa Allah Taala dan bala yang diturunkannya. :(





Mereka kata itu cuma bencana alam yang tidak dapat dihindarkan. Wah pemikiran seperti ini sebenarnya samalah dengan pemikiran orang-orang yang kafir tu. Wallahuaklam.

4 ulasan:

ibnuismaini berkata...

Seminggu dua ni kat sini pun langit dirasakan seakan menggila.

EmpayarUtama berkata...

Johor dah cerah sikit

Unknown berkata...

Thailand dan beberapa negara Asia lain telah dilanda banjir besar. Harap-harap negara kita terselamat.

KinosKoko berkata...

kat sini tiap petang ujan...
semoga ujan ni ujan rahmat..

Disqus for Jalanan Hamba