Khamis, Oktober 27, 2011

Apabila OKU Mula Bersuara

Apabila OKU Mula Bersuara merupakan sebuah blog yang merakamkan luahan hati golongan Orang Kelainan Upaya atau singkatan OKU.

Membaca blog ini pasti sedikit sebanyak akan membuka mata dan minda kita terhadap apakah yang sebenarnya mereka lalui sepenjang hidup mereka. Walaupun pada zahirnya kita melihat mereka mendapat apa yang mereka inginkan namun pada hakikatnya tidaklah seperti yang kita sangkakan.

"Kehidupan warga yang bergelar Orang Kelainan Upaya atau lebih dikenali sebagai warga OKU tidaklah setabah dan seceria orang biasa walaupun kadang-kadang terdapat sebahagian daripada mereka ceria seperti tiada apa yang berlaku."

"Setiap detik dan setiap inci pergerakan yang mereka lakukan memerlukan tenaga dan semangat yang berganda-ganda berbanding dengan manusia normal walaupun hanya mengambil secebis kertas ataupun hanya bergerak untuk mengalihkan badan daripada suatu tempat ke suatu tempat walaupun jaraknya hanyalah beberapa meter. Tahap keperluan kalori dan tenaga yang diperlukan adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan manusia normal."

Berbagai-bagai tekanan dan masaalah yang terpaksa dihadapi di dalam melalui liku-liku kehidupan bermula zaman pelajar hinggalah ke zaman dewasa. Tekanan yang paling hebat ialah ketika mencari sesuatu pekerjaan bagi menyara kehidupan. Mereka sentiasa disisihkan.

"Andai ada yang diterima bekerja, hanyalah beberapa peratus sahaja daripada mereka secara keseluruhan. Apa yang dibicarakan oleh kerajaan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 1% daripada kakitangan mereka dalah daripada kalangan warga OKU hanyalah ritorik semata-mata."

"Hanya mereka sahaja yang sedar, dan rasa serta mengetahui bahawa apa yang dihebohkan tersebut hanyalah untuk mengaburi mata di bawah sedar masyarakat sekeliling bahawa nasib golongan OKU terbela."

Di dalam blog tersebut juga terdapat wawancara bersama salah seorang warga OKU, En Omar Abdul Aziz (44 tahun) yang disiarkan di Radio Salam FM dalam rancangan Suara Insani. Sila ikuti wawancara tersebut dengan melawati blog Apabila OKU Mula Bersuara. Harapan mereka supaya luahan hati mereka ini dipanjangkan sehingga sampai ke pihak berkuasa. Semoga luahan hati mereka ini mendapat perhatian dan tindakan yang sepatutnya oleh pihak berkuasa.

4 ulasan:

EmpayarUtama berkata...

Iyalah, kita sebagai insan biasa hanya mampu bantu seadanya

Unknown berkata...

wah,,, nambah pengetahuan ni...

Cik tikah berkata...

sian org OKU..

Unknown berkata...

Ya.. kita semua bersimpati terhadap nasib yg menimpa mereka.. mereka sendiri tidak pernah menginginkan dilahirkan begitu.. namun itu adalah kehendakNya jua.. menjadi ujian untuk kita dan untuk mereka juga...

Disqus for Jalanan Hamba