Ahad, September 05, 2010

Lulusan al-Azhar tidak fasih arab?

Ini pula adalah berkaitan dengan lulusan al-Azhar Mesir. Adakah mereka betul-betul fasih bercakap bahasa arab selepas 4 atau 5 tahun berada di sana. Ini kerana ada di kalangan mereka yang "straight" berada di sana selama 4 atau 5 tahun tanpa pulang-pulang ke tanahair.

Tajuk entri ini adalah dengan menggunakan tanda tanya dan bukanlah menuduh kesemua lulusan al-azhar itu tidak fasih berbahasa arab. Ini kerana tak kanlah mereka tidak mampu bercakap bahasa arab sedangkan mereka lulusan dari negara arab. Tak kanlah mereka hanya mampu bercakap bahasa arab dengan hanya merangkak-rangkak selepas 4 atau 5 tahun berada di sana.

Alasan bahasa arab bukanlah bidang yang diceburi tidak boleh diterima sama sekali. Ini kerana jika dibandingkan dengan lulusan-lulusan dari universiti di Eropah, mereka mampu berbahasa inggeris dengan baik walaupun tidak mengikuti jurusan bahasa ingggeris. Golongan peniaga pun mampu menguasai bahasa tempatan selepas berada di sana selama 6 bulan atau lebih sahaja.

Di antara faktor-faktor yang menyebabkan ada atau (mungkin terlalu ramai) di kalangan lulusan al-Azhar yang tidak mampu bercakap bahasa arab ialah;

  1. Lemah mufradat dan insya' (Vokab dan karangan Bahasa Arab) di peringkat sekolah menengah

    Mereka sebenarnya lemah bahasa arab. Tetapi mereka berjaya dengan cemerlang di peringkat sekolah menengah dengan sebab hafalan mereka. Mereka hanya belajar dengan cara menghafal tanpa memahaminya. Inilah rialitinya yang seringkali berlaku di sekolah-sekolah arab. Mereka menghafal al-Quran tetapi tidak faham apa yang dihafalnya.

  2. Tinggal di dalam kelompok mereka

    Setelah ke Mesir, mereka lebih suka tinggal dalam kelompok masing-masing. Para pelajar dari Malaysia akan tinggal di kawasan yang menjadi penempatan mereka seperti rumah Malaysia (Malay student Hostel), rumah Kelantan, rumah Kedah, rumah Johor dan sebagainya.

  3. Tidak bercampur dengan masyarakat tempatan

    Faktor ini sudah tentu melemahkan penguasaan bahasa arab mereka. Walaupun mereka bijak dalam nahu dan saraf (tata bahasa arab) sekalipun, tetapi vokabulari mereka tidak bertambah. Sekalipun mereka menghafalnya namun mereka tidak dapat menggunakannya tanpa melatih penggunaannya dengan cara bercakap bahasa arab di mana sahaja mereka berada.

  4. Faktor penduduk tempatan yang menggunakan bahasa pasar (amiah)

    Walaupun nampak perbezaan yang ketara juga di antara bahasa arab fus'hah (standart) dan bahasa arab 'amiah (pasar) namun kedua-duanya berasal dari perkataan yang sama. Faktor ini tidak boleh menjadikan halangan untuk menggunakan bahasa arab bersama penduduk tempatan. Menggunakan bahasa arab pasar dalam berkomunikasi dengan penduduk tempatan pada pendapat aku tidak akan melemahkan penggunaan bahasa arab standart, asalkan kita tahu apakah perkataan asal itu dan bagaimanakah menyebutnya kelak dengan bahasa standart.

Menyedari akan hal ini, aku awal-awal lagi telah merancang untuk tidak akan tinggal lama dalam kelompok masyarakat Malaysia. Apatah lagi dalam kelompok masyarakat Kelantan yang ramai di Mesir. Sewaktu di sana aku tidak pernah pun tinggal di rumah Kelantan atau di rumah Malaysia.

Yang akan menggelakkan sesiapa yang pernah ke sana ialah ramai di kalangan orang arab Mesir yang boleh berbahasa Malaysia dan ada yang boleh bercakap Kelantan pun. Kenapa ini terjadi? Sebabnya ialah orang Malaysia yang ramai di tempat mereka telah bercakap Malaysia di luar rumah dan di mana sahaja mereka pergi sehinggakan penduduk tempatan pun jadi pandai bercakap Malaysia campur loghat Kelantan lagi. ha ha ha...

Enhanced by Zemanta

3 ulasan:

BuluhPerindu berkata...

yang tu ana tak berapa heran sangat..tapi kat tempat ana ni geng2 yg balik mesir dah jadi ustaz...ramai yang jadi ahli kelab snooker...kaki poteng puasa..kaki tak datang sekolah...dan kalau mintak jadi imam...menolak terus..heran juga ana..kenapa jadi gitu pulak jurusan mesri kita

MK Kimi berkata...

bkn shj lulusan al-azhar. lulusan univ lain kat mesir pon sama. bkn nak menyalahkan tapi itu hakikat. ramai member kat sana. walaupon xfasih, setidaknya mereka fhm dan tau serba sedikit bila nk berkomunikasi.
dulu pnh gak blja BA komunikasi dan BA tinggi. mmg kuat mhafal pon walaupon xbrapa fhm mknanya.hehe

Jalanan Hamba berkata...

Dunia dah berubah... Kalau setakat jadi ahli kelab snooker tu kira ok la asal tidak menyalahi agama.. tapi kalau sampai jadi kaki ponteng puasa, kaki perempuan... dah kes teruk tu.. Kat Mesir tu semua ada.. yang baik dan yang tak baik... Tu lah bahayanya kalau belajar menghafal sahaja tapi tidak faham apa yang dipelajari.. he he... Orang aliran arab agama memang dilatih kuat menghafal dari peringkat sekolah lagi sampai keluar universiti...

Disqus for Jalanan Hamba