Ahad, Disember 18, 2011

Kemaluan terputus ketika berkhatan

Berita ini sengaja aku paparkan di sini selain menjadi sebagai arkib berita, ia juga supaya ibubapa sentiasa berhati-hati ketika membawa anak-anak berkhatan di klinik-klinik kerajaan atau swasta. Pilihlah klinik yang menyediakan perkhidmatan berkhatan terkini seperti klinik yang menggunakan peralatan plastik pakai buang, Sunathrone. Kerana teknik ini terjamin tidak akan menyebabkan kepala kemaluan terpotong ketika berkhatan.

Berikut adalalah berita yang pernah berlaku pada tahun 2006 dan pernah tersiar di Berita Harian 3 dec 2006.

3 dec 2006
Kemaluan terputus ketika berkhatan

JOHOR BAHRU: Kecuaian seorang pembantu perubatan menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hilang sebahagian kemaluannya ketika berkhatan di sebuah klinik swasta di Mersing, Khamis lalu.

Bapa mangsa berusia 46 tahun yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, dia membawa dua anak kembarnya bersama lapan kanak-kanak lain untuk berkhatan di klinik swasta berkenaan, kira-kira jam 10 pagi.

Beliau berkata, adik kepada pasangan anak kembarnya terlebih dulu menjalani proses bius sebelum kulit kemaluannya dipotong seorang pembantu perubatan berusia lewat 40-an dengan ditemani doktor klinik menggunakan kaedah berkhatan cara biasa.

"Selepas memotong kulit berkenaan, dia kemudian menyepit lebihan kulit pada zakar anak saya. Bagaimanapun, apabila mendapati sebahagian kemaluan anak saya tiada, dipercayai terpotong, dia terus berbisik kepada doktor.

"Mereka menjumpai sebahagian kemaluan bersama kulit yang dipotong sebelum memberitahu saya. Mereka mengaku tersalah potong kemaluan anak saya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, semalam.

Bapa mangsa, seorang kakitangan kerajaan berkata, anaknya bersama bahagian kemaluan yang disimpan di dalam bekas berisi ais dikejarkan ke Hospital Mersing dengan ambulans. Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke HSA.

"Kami tiba di HSA kira-kira jam 2.30 petang tetapi terpaksa menunggu selama empat jam kerana bilik pembedahan penuh," katanya yang mendakwa keputusan kejayaan pembedahan ke atas anak keenam daripada tujuh beradik itu akan diketahui selepas tiga hari iaitu hari ini.

Beliau yang kesal dengan kejadian berkenaan sudah membuat laporan polis di Balai Mersing, kelmarin.

3 ulasan:

Aishah Jahirah(cik aisha) berkata...

banyak kes buat kt swasta bila bermasalah rujuk ke hospt gov...

sLpmEpLz™ berkata...

gamba xde seram lg ka? hahaa

Jalanan Hamba berkata...

Kalau bagi gambar yg lebih seram nanti lain pula jadinya he he...

Google+

Disqus for Jalanan Hamba