Khamis, Disember 16, 2010

Semangat perjuangan Islam perlu ada dalam setiap diri muslim

Datuk Bahaman
Semangat perjuangan Islam merupakan sesuatu yang terpenting yang perlu ada pada setiap diri muslim. Ianya bukan sekadar semangat namun hendaklah dibuktikan dengan perbuatan.

Kalau diperhatikan pejuang Islam melayu dahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain, kita dapati mereka memiliki semangat juang yang tinggi. Dengan semangat juang yang ada pada mereka, mereka tidak pernah sanggup membiarkan bangsa dan tanahair mereka dari dijajah oleh musuh-musuh Islam walaupun sejengkal. Mereka akan berjuang habis-habisan mempertahankan agama, bangsa dan tanahair dari ancaman musuh-musuh Islam dan anasir jahat.

Hari ini kita sentiasa berbicara tentang ketokohan Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain namun jarang yang menghayati perjuangan mereka. Kita sentiasa berbangga dengan ketokohan Tok Kenali, Tok Selehor dan lain-lain tetapi tidak pernah ingin mengetahui apakah jalanan yang dibawanya.

Kita hanya sekadar belajar sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat namun jarang yang berminat untuk menyelami perjuangan mereka.

Ramai juga yang belajar ilmu mempertahankan diri, tetapi tidak tahu menggunakannya untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Sebaliknya ramai yang belajar berbagai-bagai ilmu pengetahuan, tetapi hanya tahu menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri.

Tidak kurang juga yang belajar ilmu agama tetapi menggunakan agama untuk kepentingan dunia. Apa nak jadi dengan dunia hari ini. Aku hanya berpesan kepada diri aku sendiri agar dijauhi dari sifat-sifat begini. Wallahua`lam...

7 ulasan:

Haw berkata...

benar belaka kata2 tuan hamba

Wisata Murah berkata...

seperti BILLAH harus sering didengung dengungkan..kata Ustd segala sesuatu kalau Billah tidak dikedepankan batal amalnya.salam ukhuwah sob.terima kasih juga kunjungannya.syukron

Ahmad Zaki berkata...

Assalamualaikum...

Sememangnya ada kebenaran disebalik persoalan di atas. Agama ketika ini adalah sentimen yang selalu dimainkan ketika pilihanraya, semata-mata utk meraih undi org Islam / Melayu.

Berikut adalah link ke artikel saya yang berkaitan dengan tajuk artikel di atas :

http://smskey.blogspot.com/2010/11/salam-aidiladha-1431-hijrah-pengorbanan.html

nadilah berkata...

salam bagus post ini..oo nie ke pic datuk bahaman?
Mereka nie pejuang Melayu sejati tetapi bagi Inggeris mereka penentang. Menjadi tanggungjawap kita membetulkan fakta-fakta supaya generasi baru memahami sejarah sebenarnya..

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam tuan, moga ruh islami tersemat kuat di hati kita :)

Daris Firzan { sayaberitahu } berkata...

aq yakin islam lah agama yang paling direstui di jagat raya ini , allahhu akbar

MuridGuru berkata...

Apa yang aku musykil ialah bagaimana seseorang yang mengaku Islam tetapi tidak ada semangat perjuangan Islam dalam dirinya :-/

Disqus for Jalanan Hamba