Image by DrMiezaris via FlickrSatu perkara yang perlu diketahui ialah Islam itu satu. Sama sahaja tidak berubah sejak dari zaman nabi Muhammad hingga sekarang dan di mana-mana pun tidak kira di Tanah Arab, Tanah Melayu, China dan sebagainya. Islam yang itu lah juga. Yang berbeza ialah cara pendekatan dan dakwah.
Jadi tidak timbul persoalan kenapa di zaman nabi tidak ada silat dan di Tanah Melayu ada silat.
Ketika kedatangan golongan sufi di Tanah Melayu, mereka berdepan dengan ilmu-ilmu kebatinan melayu yang kebanyakannya berasaskan daripada budaya hindu dan amalan mistik dari agama hindu. Ilmu persilatan melayu juga tidak terlepas dari amalan mistik bawaan hindu. Namun begitu mereka berjaya mengatasi segala rintangan tersebut.
Setelah masyarakat Islam dan rajanya menerima Islam, mereka terus dibenarkan mengamalkan kebudayaan sedia ada termasuklah silat tetapi setelah dibersihkan segala amalan yang salah dan digantikan dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan mengenal Allah Taala. Sebab itu adalah sebenarnya tujuan dakwah yang hendak dibawa oleh golongan sufi itu.
Pada masa sekarang, cara pendekatan dakwah melalui silat tentulah boleh diteruskan. Kenapa tidak boleh?
Cara pendekatan dakwah banyak sebenarnya. Ada melalui guru yang mengajar di surau-surau dan masjid. Kebanyakannya dihadiri oleh golongan tua yang sudah uzur. Tetapi dakwah melalui silat ini cukup berkesan kerana ia menarik minat golongan muda-mudi dan remaja masa kini.
Apa yang penting ialah golongan remaja perlu dibekalkan secukupnya dengan ilmu tauhid agar mereka tidak mudah terpesong dan boleh membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.
6 ulasan:
salam...
singgah follow ur blog..
*********104**********
Terima kasih Sekamar Rindu kerana sudi mengikuti blog hamba yang tak seberapa ini ;;)
mohon share kat FB..bole2??
:)
Bolehlah Insyirah.. atau sesiapa pun nak share.. asalkan tidak dipinda mana-mana bahagian dalam post ini dan dicatatkan sumbernya (blog ini) :X
wahh . teringin nak belajar silat : )
dulu mase sekolah ada la join silat tp lame2 xtahan sbb badan sakit2 je..tu yg berhenti..huhuhu..
Catat Ulasan