Image by DrMiezaris via FlickrFokus perbincangan dalam tajuk ini ialah silat yang pernah wujud di alam melayu nusantara.
Apa yang hamba tahu silat ialah suatu ilmu mempertahankan diri yang wujud di alam melayu nusantara. Selain silat, alam melayu juga terkenal dengan bomoh. Selain itu alam melayu juga terkenal dengan kebudayaan dan adat-adat resam yang tertentu.
Kebanyakan ahli sejarah berpendapat penyebaran Islam di Tanah Melayu adalah melalui golongan sufi yang datang berdagang di Tanah Melayu dan ada yang terus menetap di Tanah Melayu demi mengembangkan Islam di Tanah Melayu.
Awal sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyarakat melayu dan rajanya menganut agama hindu. Segala aktiviti masyarakat seperti adat dan kebudayaannya, perbomohan dan ilmu mempertahankan diri banyak dipengaruhi oleh budaya hindu dan amalan dari agama hindu. Masyarakat melayu pada masa itu ramai juga yang terkenal dengan perkara-perkara luar biasa dan rajanya juga terkenal dengan kesaktian.
Tanpa kedatangan golongan sufi rasanya agak sukar untuk masyarakat melayu dan rajanya menerima Islam pada masa itu. Tapi itu semua adalah ketentuan daripada Allah Taala.
Masyarakat melayu dan rajanya tidak akan dengan sewenang-wenangnya menukarkan agama yang dianutinya sejak turun-temurun kecuali setelah terbukti kebenaran agama Islam yang dibawa oleh golongan sufi. Dengan pertolongan daripada Allah, golongan sufi berjaya menangkis segala ujian dan pertempuran yang berlaku dengan masyarakat melayu ketika itu sehingga mereka yakin akan kebenaran ilmu yang datangnya daripada Allah. Untuk meyakinkan masyarakat pada masa itu bukanlah melalui perdebatan sepertimana yang sering dilakukan oleh golongan cendikiawan pada masa kini.
3 ulasan:
Salam..bagus topik awak. Memang sukar untuk mengembangkan Islam diNusantara tetapi pada pendapat Dila tidaklah sesukar Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan agama islam dikalangan masyarakat Jahiliah Arab. Tahu kenapa ? Sebab orang melayu terkenal dengan sikap sopan-santun dan lemah lembut. Awak setuju !!!
Ya.. hamba setuju. Sebab itulah al-Quran diturunkan dalam bahasa arab dan nabi Muhammad pun dari kalangan bangsa arab. Dari situlah Islam dikembangkan ke serata dunia. Sebenarnya ada beberapa lagi topik yang berkaitan dengan pos ini dan ianya akan menyusul kemudian. ;))
salam tuan, kedatangan Islam sedikit sebanyak mencegah dan membendung amalan bomoh yang khurafat dan amalan silat yang mmpunyai unsur syirik. Melayu perlu jaga budaya dana adat kita terutama seni silat.
Catat Ulasan