Ini betul-betul kejadian. Kes ini pernah berlaku pada kakak ipar aku sendiri beberapa tahun yang lalu. Sengaja aku paparkan di sini sebagai pengajaran agar kita lebih berhati-hati terhadap keselamatan rumah dan harta benda kita.
Pada malam hari kebanyakan penduduk ada di rumah dan ini menyukarkan kerja jahat mereka.
Di bandar, kebanyakan rumah kosong pada siang hari. Suami dan isteri kedua-duanya keluar berkerja. Anak-anak dah pergi sekolah. Yang kecil pula dihantar ke pusat asuhan. Jadi apa lagi, waktu beginilah lebih senang bagi pencuru untuk melaksanakan agenda mereka. Rumah yang bergril pun senang-senang aje mereka cungkil. apatah lagi rumah biasa yang tak bergril.
Jadi fikir-fikirkanlah...
Apa yang berlaku ni kemungkinan besar dilakukan oleh budak-budak nakal yang tinggal di kawasan perumahan yang sama. Mereka memanjat tembok di belakang rumah mereka dan berjangkit dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain yang berkongsi tembok yang sama.
Masuk dengan memanjat tembok belakang rumah lebih memudahkan berbanding masuk melalui hadapan rumah. Di hadapan rumah keadaan lebih terbuka dan terdapat pintu pagar yang sentiasa berkunci.
Di sini aku meninggalkan kepada pembaca untuk menilai dan memikirkan sendiri bagaimanakah cara untuk meningkatkan keselamatan di rumah kita apabila semakin hari kita berhadapan dengan pencuri atau penjahat yang semakin cerdik.
7 ulasan:
tq for sharing..kita kena lebih berhati-hati..
kita dh follow, jom kunjung bala ke http://www.kasihsalina.com/
terima kasih atas peringatannya.
tu ar dia, yg tak tahan nya ada gak yang boleh masuk rumah padahal kita pon ade kat dalam rumah.. macam mcm..
yup..kejadian pecah rumah lebih mudah terjadi di kawasan bandar manakala di kawasan kampung masih banyak orang yang menggunakan teknik penyamaran untuk menipu orang
Kaca rumah mesti diganti ama beton biar kagak pecah hehe, terima kasih dah berbagi
Teringat tahun berapa dulu ntah lori parking cantik je kat rumah jiran kitorang siap tolong angkatkan barang sebab ingat nak pindah rupanya pencuri moden :(
perghh ini ganas betul
Catat Ulasan