Rabu, Oktober 06, 2010

Pokke di Berita Harian



Tak cadang komersial gekko-gecko
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin



hanneeyzah@bharian.com.my
2010/08/09


Gekko-gecko
Tiada bantuan kementerian, bidang kuasa jabatan lain
KUALA TERENGGANU: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak bercadang mengkomersialkan spesies cicak jenis ‘gekko-gecko’ yang kini menjadi buruan ramai bagi dijadikan ubat tradisional sebagai satu perusahaan, seperti burung walit atau belut, yang turut terkenal dengan khasiat tinggi untuk kesihatan.
Timbalan Menterinya, Datuk Johari Baharom, berkata kementeriannya tidak bertanggungjawab ke atas haiwan spesies itu, melainkan unggas seperti burung walit dan belut yang diletakkan di bawah kendalian kementeriannya.
“Kalau ada yang berminat untuk jadikan cicak ini sebagai satu perusahaan, ia sama seperti perusahaan lintah dan kedua-duanya bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebaliknya mereka boleh rujuk pada jabatan lain yang berkaitan.
“Ia berbeza dengan perusahaan burung walit kerana ia spesies unggas dan kita boleh membantu mereka ini (pengusaha burung walit) kerana ia memang terletak di bawah bidang kuasa kita,” katanya selepas majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Peringkat Negeri Terengganu (MAHA) Mini di sini, yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, malam kelmarin.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Hashim Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Asha’ari Idris.
Cicak dikenali sebagai gekko-gecko itu dilaporkan menjadi buruan ramai berikutan harganya mencecah RM30,000 seekor dan haiwan itu dikatakan menerima permintaan tinggi di kalangan penggemar makanan eksotik berikutan khasiat kesihatannya yang tinggi.
Setakat ini beberapa individu di Sabah, Kedah, Perak serta Terengganu mula menjadikan aktiviti mencari cicak yang lebih dikenali sebagai Pokke di kalangan penduduk tempatan secara serius, malah ramai yang mahu menjadikan ia satu perniagaan sama seperti ternakan haiwan lain seperti lintah dan burung walit.
Mohd Johari berkata, kecenderungan pihak tertentu memburu reptilia berkenaan mungkin bersifat sementara dan bermusim kerana penggunaannya dikatakan hanyalah untuk perubatan.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pihak yang mengetahui sama ada ia digunakan dalam industri perubatan atau dijadikan sumber makanan oleh golongan tertentu yang mungkin percaya ia mempunyai khasiat menyembuhkan penyakit sama seperti sarang atau air liur burung walet.
INFO: Cicak gekko-gecko
·  Di Indonesia dan Pulau Jawa ia dikenali sebagai Tokek.
·  Tergolong dalam keluarga cicak Gekkonidae.
·  Haiwan ini tersebar luas bermula dari India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau sekitarnya, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.
·  Dipercayai ada lebih 2,000 spesies cicak gecko-gecko di seluruh dunia yang belum lagi dijumpai.
·  Cicak berkenaan kerap ditemui di pokok dalam pekarangan rumah, terutama di kampung dan tepi hutan.
·  Spesies terbesar dikenali Kawekaweau dengan panjang badannya 60cm. Spesis terkecil ialah Jaragua Sphaero dengan panjangnya 16mm.
·  Dipercayai apabila mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan enzim yang mampu mengubati penyakit HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.







Berminat ... !


Pokke untuk dijual atau dibeli
Harga boleh dirunding dan mengikut berat.
Tel : 019-3023000 (Abdul Rahim Mohamed)
atau 017-2574930 (Rushdi Mohamed)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pasni cari kerja baru la pulak

salam perkenalan semua... jemput datang melawat blog saya..
JEMPUT MELAWAT
LATIHAN MENYUMPIT

Disqus for Jalanan Hamba