Asal-usul Bachok menurut salah satu sumber ialah berasal dari nama seseorang yang mungkin dari kalangan yang terawal tinggal di Bachok yang disebut sebagai Tok Bachok.
Menurut sumber kedua yang lebih dipercayai dan menjadi buah mulut penduduk tempatan ialah Bachok berasal dari dua perkataan Siam, Ban dan Chak. Ban bererti kampung dan Chak bererti Nipah iaitu sejenis tanaman bakau asli. Penduduk Siam tempatan masih menyebut tempat ini sebagai Ban Chak. Sebutan Ban Chak kemudiannya berubah menjadi Bachok kerana mudah disebut oleh penduduk Melayu tempatan.
![]() | |
Pantai Irama Bachok |
Kampung Bachok asal ialah terletak di Kampung Nipah sekarang ini, tetapi disebabkan oleh aktiviti dan penempatan penduduk maka lokasi Bandar Bachok sekarang ini turut berubah.
(Sumber: Wikimapia)
Penduduk Bachok majoritinya terdiri daripada Melayu kemudian diikuti oleh Siam dan Cina.
Kampung-kampung yang terletak di sekitar Bachok seperti Kampung Nakhoda Saamah dan kampung Kemudi mempunyai sejarah yang tersendiri yang turut berkaitan dengan asal-usul Bachok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan