Kaabah yang dikenali juga sebagai Baitullah al-haram merupakan kiblat umat Islam seluruh dunia. Setiap tahun umat Islam yang berkemampuan akan mengerjakan ibadah haji di Mekah.
Persoalannya apakah yang ada di dalam Kaabah? Persoalan ini selalu juga bermain di dalam fikiran masyarakat Islam kerana mereka jarang diberi peluang memasuki ke dalam kaabah kecuali orang-orang kenamaan dan yang bertugas menjaga Kaabah.
Sekarang Persoalan ini mudah sahaja terjawab apabila kita menonton video an inside of Kaaba. Kaabah dibina seperti sebuah rumah. Memasuki ke dalamnya seperti memasuki ke dalam sebuah rumah atau masjid.
Apabila kita berada di dalam kaabah maka kita boleh menghadap solat kita ke arah mana pun yang kita sukai. Bukankah begitu?
Jadi yang penting di sini bukanlah ke arah mana kita menghadap. Juga yang penting di sini bukanlah Kaabah yang kita menghadap. Bukankah begitu?
Dalam setiap sembahyang kita dan ibadah kita, sebenarnya kita menghadap Allah bukannya menghadap yang selain dari Allah. Cuma kiblat itu hanyalah arah untuk menandakan perpaduan umat Islam. Sedangkan Allah boleh berada di mana-mana sahaja.
Marilah kita renungkan ayat al-Quran dari surah Al-Baqarah : 177 yang bermaksud;
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."
2 ulasan:
kadang2 terpikir jugak apa ada dlm kaabah..
info yg baik untuk saya..
sbb saya bru tahu pasal ni..
betul juga tiada apa-apa dalam ka'abah. tapi seri dengar cerita ada batu tergantung kat dalam tu tapi tiada pun dalam video tu.
Catat Ulasan