Jumaat, Oktober 29, 2010

Keburukan auto blogwalking

Entri ini berasal dari komen yang aku berikan kepada sebuah blog Seri Bahasa yang berkenaan dengan auto blogwalking. Bila difikirkan bagus juga kalau komen aku tu diposkan sekali lagi kat sini dengan membuat beberapa penambahan. Ini kerana maklumat ini ada kesinambungannya dengan tajuk yang lepas.



Tidak ada baiknya auto blogwalking. Keburukan tu ada le. Auto blogwalking ni cuma menguntungkan sebelah pihak sahaja tapi menyusahkan tuan punya blog dan pengguna lain.

Walaupun kita boleh mengesan mesej yang datang dari auto blogwalking, namun ianya masih menyusahkan. Ini kerana;

1.       Mesej yang seringkali datang bertubi-tubi memenuhi halaman depan shoutbox menyebabkan mesej dari pengguna sebenar seringkali terkebawah dan hilang dari page utama.

2.       Tuan punya blog banyak lagi kerja lain yang hendak dibuat, bukannya setiap hari kerjanya mengesan dan menangkap spam.

3.       Andainya semua bloger menggunakan auto blogwalking, maka hanya robot atau mesin sahaja yang berblog. Orang hanya menulis tapi tidak ada yang membaca dan tidak berlaku pertukaran pendapat.

Itulah antara keburukan menggunakan auto blogwalking.

Saya percaya ketika ini memang terdapat terdapat beberapa kotak jerit yang mampu melawan spam dan menghalang mesej yang datang dari autoblogwalking seperti oggix dan sbox.ws. Tetapi untuk di masa akan datang tidak tahulah.

Ini kerana pereka software auto blogwalking tidak akan duduk diam sahaja. Mereka juga akan mempertingkatkan kemampuan mereka dari semasa ke semasa. Macam perlombaan di antara virus dan antivirus lah.

Inilah serba sedikit yang mampu saya luahkan untuk kebaikan bersama. Marilah berblog secara adil supaya berlaku perkongsian pendapat antara kita dan tidak hanya untuk mengautkan keuntungan semata-mata. 

Ini pula ialah perbualan di antara pengguna auto blogwalking yang aku sempat rakam kat salah sebuah laman sesawang.


Salam. Saje nak berkongsi.
Auto Blogwalking Software - Klik Sini
---Tips---
Jangan blast terlalu byk URL. 100 sehari pun ok. T takut kene ban dgn shoutmix. 

Seperti mana yang telah diceritakan pada entri yang bertajuk SPAM dalam Shoutbox anda bahawa mereka yang menggunakan auto blogwalking tidak pernah pun membuat kunjungan ke blog yang mana mereka sedang membuat blogwalking. Mereka tidak tahu pun apa-apa yang berlaku kat blog anda. Mereka akan menulis sesuatu mesej yang akan masuk terus ke dalam kotak jeritan (shoutmix atau chatbox) yang terdapat dalam sekumpulan alamat web atau blog yang telah disenaraikan dengan harapan blognya akan dikunjungi balik.

Berikut adalah pengakuan salah seorang pengguna software auto blogwalking yang dirakamkan dalam laman sesawang tadi.



UPDATE: Traffic dah start masuk, saya blast 30 URL saja tadi, dan sudah ada 14 orang Blogwalking di web saya balik. (waktu tu saya belum list kan website saya dalam URL pool tu, jadi memang datang dari Blogwalker genuine) 

Mereka yang telah membuat kunjungan balik sebenarnya telah tertipu. dan telah menjadi mangsa kepada software auto blogwalking. Anda hampir-hampir tidak dapat membezakan antara mesej yang datang dari auto blogwalking dengan mesej yang datang dari pengguna sebenar. Atau mungkin juga dengan software auto blogwalking yang terkini menyebabkan anda tidak mampu lagi membezakannya,

Jadi pilihan di tangan anda. Gunakanlah masa anda dengan sebijaknya. Sekian.

11 ulasan:

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Say no to auto blog walking... Mereka ni mmg x patut. Penipuan tu satu dosa...Berblog biarlah ikhlas... nak up traffic, kenalah rajin.

Mohd Ridhwan berkata...

jadilah blogger yg jujur

Tanpa Nama berkata...

rajin2 le melawat....tak payah suruh robot.....nasib baik aku tak jadi cam robot....

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Hari ni je... kesan 18 auto blog walking kat kotak jerit saya... Terima kasih pada Sri Bahasa yang menyertakan petua utk mengenali spesis ni tapi sampai bila.... entahlah! Biarlah kita jadi blogger yg jujur spt kata red ONe...

Seri Bahasa berkata...

nak hapus 100 peratus memang susah tapi sekurang-kurangnya kita dah tahu ramai yang tak setuju dengan pengunaan auto blogwalking sebagai medium menghantar message ke kotak jerit.

Meysha Lestari berkata...

jd software u/ blog walking mmg ada ke? ingat orang tipu je...

macam mana nak kenali mrk ini ya?
mohon pahamkan sy..
tq

Cheqna berkata...

sebenarnya baru mengetahui tentang adanya autobw ni..rasanya boleh agak from message yg ditinggalkan-terlalu formal, and mcm standard aje..dan betul lah blogger tu tak tau pun apa entries other bloggers..sometimes merugikan sebab drpd blogs lain, kita kadang2 dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

alin berkata...

rasanya kalo buat auto blogwalking,xsyok la kan??kalo kita g sendiri kt blog org tu,lg syok..bleh kongsi2 pendapat.. :)

Unknown berkata...

Cuba pasang 2 kotak jerit yang biasa kita gunakan. Mesej dari auto blogwalking akan masuk ke dalam kedua-dua kotak tersebut. Kita boleh mengenalinya apabila mesej itu dari penghantar yang sama, kata-kata mesejnya sama dan waktu penghantarannya pun sama.

Rupa-rupanya mesej dari auto blogwalking yang terdapat dalam kotak jerit kita lebih banyak dari mesej pengguna sebenar.. he he he...

Cheqna berkata...

good tip,patutlah ramai yang ada dua chatbox..ada rahsia perangkap rupanya..hehe.. nanti dicuba pasang..tq.

:-)

Norasikin berkata...

diaorg semua nak auto je. komen pun nak auto

Disqus for Jalanan Hamba