Khamis, Ogos 30, 2012

Mengapa kita perlu mengetahui statistik blog?


Begitu lama dah tidak update blog ini. Tuan punya blog ni tak ada masa sebenarnya. Tiba-tiba teringat pula nak update blog. Bila tengok tarikh terakhir entri blog ni alamak ! dah lama rupanya tak update. Tu laa sibuk sangat. Bila semua kerja menjadi penting maka terpaksalah beberapa kerja dikorbankan he he.

Ingatkan blog ini dah terpelosok dalam enjin carian google dan lain-lain, rupa-rupanya belum lagi he he. Hamba mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung blog ini yang datang berkunjung saban hari bagi mencari tajuk-tajuk yang mereka perlukan. Walaupun blog ini dah lama tak update namun statistik menunjukan tajuk-tajuk yang ditulis 1, 2 dan 3 tahun yang lalu masih lagi dibaca dan menjadi carian pengunjung walaupun mungkin bukan dari pengunjung yang sama.

Hamba mengaku blog ini bukanlah blog yang terkenal seperti blog-blog yang lain, dan blog ini pun tujuan utamanya bukanlah untuk berbisnes, tapi tujuan sebenar blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja di luar sana yang suka membaca entri-entri dalam blog ini.

Dengan melihat kepada statistik blog, kita dapat mengetahui jumlah pengunjung blog setiap hari dan apakah tajuk-tajuk yang sering dicari oleh mereka.

Contohnya jumlah pengunjung blog ini adalah dalam sekitar 100 hingga 200 orang setiap hari, namun tajuk-tajuk yang seringkali digelintar oleh mereka merupakan tajuk-tajuk yang sama.

Mengetahui tajuk-tajuk ini amat penting. Ini kerana jika kita ada masa, kita boleh terus menulis berdasarkan tajuk-tajuk yang menjadi kegemaran mereka. Barulah blog kita akan sentiasa mendapat kunjungan walaupun kita sibuk dan jarang menulis blog.

Namun begitu bukanlah semua tajuk boleh ditulis. Kita perlu menjaga nilai dalam setiap tulisan kita. Bagi hamba, hamba hanya akan menulis berdasarkan ilmu yan hak dan diukur dengan  kemampuan yang ada.

Sekian.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba