Image by LimeyB via FlickrDakwah dalam silat boleh berlaku secara tidak langsung dan secara langsung. Tidak semestinya perlu ada ceramah agama dalam silat baru dikira dakwah. Nak cari di mana silat yang ada ceramah agama. Tetapi dakwah boleh berlaku secara tidak langsung dalam silat melalui perubahan sikap ahlinya kesan daripada belajar silat.
Kalau dulu mereka jauh dari agama, tapi sekarang dah mula mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu banyak pantang larang yang perlu dijaga seperti tidak boleh melakukan maksiat dan dosa besar.
Dakwah juga boleh berlaku secara langsung iaitu melalui peranan guru dan juru latihnya. Guru hendaklah sentiasa memupuk semangat ahlinya supaya sentiasa berdisiplin. Guru juga perlu sentiasa memberi motivasi dan nasihat-nasihat agar murid-muridnya tidak terpesong dari landasan.
Biasanya dalam silat ini kita sentiasa dinasihatkan supaya tidak menderhaka kepada Allah Taala, tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa selagi mereka berada di jalan yang betul dan tidak menyuruh berbuat kemungkaran. Kita juga tidak boleh menderhaka kepada guru. Tidak boleh menunjuk-nunjuk dan hendaklah sentiasa membantu orang lain yang di dalam kesusahan.
3 ulasan:
Alhamdulillah.
Kalau begitu asasnya, tentu segalanya akan berjalan dengan baik dan diredhaiNya.
tapi hati2 dgn silat yg mengandungi unsur2 khurafat!
Sebab itulah kita perlu dibekalkan dengan ilmu tauhid yang sebenarnya agar kita dapat membezakan yang hak dan yang batil. ;;)
Catat Ulasan