Khamis, September 30, 2010

Berbaloi Tak?

Berbaloi tak tajuk ini dikupas? Perkara berbaloi tak amatlah penting kita fikirkan dalam setiap tingkah laku kita. Tidak kiralah dalam apa-apa sekalipun. Ketika berblog ke.. ketika berfacebook ke.. ketika melakukan kerja-kerja seharian ke.. ketika memilih pekerjaan ke.. ketika memasang advertising ke dalam blog ke.. dan sebagainya.

Sebab kalau kita tidak memikirkan berbaloi tak, maka kemungkinan pekerjaan yang kita lakukan itu tidak membawa apa-apa faedah atau mungkin juga faedah yang kita dapat tidak sepatutnya dan ini akan membuang masa kita dan merugikan kita. Lebih baik kita melakukan pekerjaan lain yang lebih berfaedah daripada terus menerus menghabiskan masa dalam pekerjaan yang kurang faedah itu.

Cara untuk mengukur berbaloi tak apa yang kita lakukan itu sudah tentulah diukur dengan masa yang kita habiskan, tenaga yang kita curahkan dan wang yang kita belanjakan. Kesemua jumlah itu dianggap sebagai kos dan perlu ditolak atau dinilaikan dengan hasil yang kita perolehi.

Semuanya bergantung kepada keadaan.  Kerana minat semata-mata tidak boleh juga… Minat memancing contohnya, kerana minat memancing maka sebahagian besar masa dihabiskan dalam memancing. Ini adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri.

Orang yang minat facebook pun sama juga he he... ada yang telah menjadi hanyut dalam berfacebook sehinggakan mereka lebih suka menghabiskan masa sehari suntuk di hadapan komputer. Apa yang mereka dapat sebenarnya? Kepuasan? Mereka sebenarnya hanya diulik mimpi yang indah.

Tidakkah mereka ketahui bahawa setiap stat yang mereka keluarkan itu bersama komen-komen tidak dapat dilihat lagi selepas 20 hari. Adalah lebih baik bagi mereka menulis blog bagi menyatakan pandangan mereka serta berkongsi idea.

Aku pun ada facebook. Tetapi bagi aku, aku menjadikan facebook itu sebagai pengenalan diri, yang mengandungi biodata diri serta sebagai salah satu alat untuk berkomunikasi dan bertanyakan khabar.

Dalam berblog pun sama. Aku akan memastikan blog aku ni bermaklumat untuk dibaca dan dikongsi bersama. Dalam sebulan biasanya aku menulis dua atau tiga tajuk malah kadang-kadang satu tajuk bergantung kepada masa yang aku ada. Kalau aku tidak ada masa maka aku tidak akan menulis. Bila aku menulis maka aku akan menulis sesuatu yang bermaklumat dan boleh dikongsi bersama.

Sebab blog ini blog aku yang punya.. he he he… Aku tidak mengharapkan apa-apa pendapatan dari blog ini. Andainya aku ada produk untuk dijual, aku akan menulis terus di dalam blog ini berkenaan dengan produk aku. Ini adalah lebih baik daripada mengharapkan bayaran daripada pihak ketiga umpamanya klik ad.

Sebenarnya Klik ad (Pay-Per-Click) ni berbaloi tak?

Hmm… yang ini aku kena tulis pendapat aku dalam entri yang selanjutnya…

1 ulasan:

Haw berkata...

3 entry kat bawah ni semua pasal FB
http://matahaw.blogspot.com/2010/06/diperhati-tanpa-disedari.html
http://matahaw.blogspot.com/2010/08/united-against-facebooks-ridiculing.html
http://matahaw.blogspot.com/2010/08/facebook-user-profile-been-downloaded.html

Disqus for Jalanan Hamba